"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Thursday, October 25, 2012

Belajar bukan sekadar untuk exam.

Masih ada beberapa hari lagi untuk exam.Minggu-minggu terakhir ini,bersama buku teks memang bosan.Rasa gian pula nak baca buku lain.Tapi terpaksalah postpone, exam sudah dekat.

Musim exam, mesti ramai yang terkena demam exam.Bersengkang mata sampai lewat malam.Tak ada guna juga berjaga sepanjang malam yang akan membuatkan kita mengantuk dalam kelas keesokan hari.Memudaratkan diri,bukan cara belajar yang bijak.Bagi saya, kita tak perlu mencelikkan mata sepanjang malam untuk berjaya.Kita cuma perlu kekal sedar pada siangnya.

Barangkali kerana kerap fikirkan kegagalan.Kita memaksa diri kita untuk melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai impian.Kadang-kadang ada pelajar sanggup bertindak mengambil dadah bagi mendapatkan tenaga untuk belajar lewat malam.




Impian dan kejayaan memang mampu menjadi kenyataan sekiranya kita betul-betul mengharapkan dan sanggup berkorban.Tapi kita wajib akui hakikat, segalanya berlaku atas rahmat dan kehendak Allah.Andai kata kita berusaha bersungguh-sungguh, belajar sampai nak gila.Kalau Allah tak izinkan, tak menjadi juga kejayaan itu.

Walaupun begitu, jangan putus harapan.Usaha dan terus usaha dalam masa yang sama meletakkan kejayaan itu berlaku kerana kehendak Allah.Apa yang perlu kita buat cuma terus belajar dan tawakal.Insyaallah, kita tak tension time musim exam.
 
Saya tidak meletakkan kejayaan itu atas result peperiksaan.Saya selalu lakukan sesuatu perkara yang saya tidak mampu.Seringkali tidak berjaya atau tidak memuaskan.Tapi saya mempunyai kemampuan belajar untuk melakukan sesuatu perkara tersebut .Itu sudah cukup menjadikan saya percaya, ia sebuah kejayaan.Saya percaya bahawa kejayaan itu bukanlah terletak pada gred yang kita dapat tetapi sesuatu perkara baru yang kita tahu hari ini yang tidak kita tahu semalam.

Memang tidak dinafikan, keputusan peperiksaan menjadi pengukur usaha-usaha yang telah dilakukan.Sebenarnya kita belajar bukan untuk peperiksaan sahaja. Belajar bukan sekadar untuk exam, tapi lebih daripada itu.




Kenapa saya katakan begini?

Sebab ramai dalam masyarakat kita pada hari ini, khususnya remaja mengamalkan sikap 'buang buku' setelah exam. Apabila kita set pada pemikiran bahawa belajar hanya sekadar untuk exam maka beginilah jadinya.Tiba waktu cuti cuma tahu melepak,main,berfacebook,jalan-jalan dan tidur sahaja.

Sepatutnya kita patut belajar dan terus belajar.Peperiksaan itu cuma ujian dari silibus yang kita hafal untuk diguna dalam menguasai sesuatu bidang.Kita tidak boleh hanya bergantung pada jawapan dalam peperiksaan atau sijil yang diperolehi untuk hidup atas dunia yang serba rumit ini.Lihatlah dunia ini seluas-luasnya, kita ketinggalan dalam banyak perkara.Maka amat wajar melihat banyak lagi idea-idea lain yang tidak terkandung dalam teks dan nota kuliah.


Dalam bilik saya berselerak dengan buku-buku sosiopolitik,sastera,sejarah,novel dan buku bergenre agama.Saya rasa inilah bidang saya. Semuanya pun belum dibedah kerana kekangan buku-buku teks yang berlambak.Saya tidak mampu untuk agihkan masa untuk membaca buku teks dengan buku-buku lain.Mungkin ada orang lain yang berpendapat dan berhadapan situasi seperti saya.Jadi,kalau kita baru sahaja habis exam.Itulah masa terbaik untuk kita membedah buku-buku yang berfaedah.Bukan setelah exam, menjadikan kita hidup sekadar hidup sahaja.


 
antara buku yang bakal dibaca cuti nanti.ni baru sikit. -.-
   
Belajar dan terus belajar.Belajar bukan sekadar untuk peperiksaaan,tapi lebih daripada itu.Belajar untuk tidak lari dari masalah.Belajarlah untuk menjadi progresif bagi melawan mereka yang mahukan per kepalamu untuk tujuan busuk. Belajar dan terus belajar mencari matlamat hidup, berpacu tenaga untuk itu dan akur bahawa kejayaan adalah rahmat tuhan. Orang yang lebih berjaya adalah orang yang mampu melihat matlamat hidup diawal kehidupannya dan mengerahkan seluruh tenaga ke arah itu mengikut kemampuan. Kalau tak berjaya di dunia sekalipun, Insyaallah di akhirat kelak.

oh, lupa. Selamat menduduki peperiksaan. :D

Saya melakukan apa-apa sahaja dengan cara yang terbaik, yang saya tahu dan saya mampu.Dan bercadang untuk meneruskan hingga akhir hayat.Kerana saya percaya, kejayaan itu adalah kehendak Allah. 

Maka saya terus belajar dan belajar dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah saat ini.

 

Friday, October 12, 2012

Kerana Kau,Dia dan Aku berbeza




Kau, dia dan aku 
Sama-sama berada di pantai.Ada langit,pasir,awan dan air .. Kau, dia dan aku tidak semestinya melihat pada titik yang sama kerana pantai itu luas ..Kau mungkin mahu memandang langit, dia mahu menikmati alam dengan hanya menutup mata dan aku mahu melihat air.. 

Tapi adakah patut aku memarahi kau dan dia kerana tidak melihat pada titik yang aku lihat? Patutkah aku menyesatkan kau dan dia kerana pandangan kita berbeza?

Tidak! 
Kita datang bersama ke sini.Kita di pantai yang sama.Diciptakan oleh tuhan yang sama.Kau, dia dan aku patut saling berkongsi apa yang kita rasa.Sepatutnya kau memberitahu dia,aku tentang langit yang kau lihat.Memberitahu dia yang menutup mata itu indahnya alam dan aku sepatutnya memberitahu kau dan dia tentang air itu.

Kau, dia dan aku.
Kerana pandangan kita berbeza.Kita tidak perlu saling menyalahkan.Kerana harus akur, tentang kuasa Allah yang mampu menjadikan kita berbeza.Kerana pandangan kita sahaja yang berbeza, mengapa perlu aku menganggap dia dan kau sebagai orang asing? Sepatutnya kita saling berkongsi untuk sama merasai.Lantas, itu sepatutnya menjadikan kita lebih rapat.Hebat kuasa Allah, bukan?

Kerana Kau, Dia dan Aku berbeza. Inilah rahmat.Menjadikan kita berbeza itu rahmat.Akhirnya telah mewujudkan dunia ini lestari.Berbeza rasa,pendapat,buah fikir,pandangan dan cita rasa. Segalanya warna-warni, seperti pantai ini.


Kerana kita berbeza.Kita perlu saling menyalahkan.Kerana perbezaan itu, sepatutnya menjadikan kita lebih bersahabat..



Wahan, aku cari sendiri

 
rohingya ketakutan,
syria menangis,
darah bosnia masih merah,
al-aqsa apatah lagi..
kerana wahan itu
aku cari sendiri ..

nabi dihina,
aku turun ke jalan,
sedang aku butakan mata,
melihat kotor dipuji suci,
melihat suci dimaki kotor,
benar kata petualang,
agamawan ramai carma,
kerana itu mereka diam.

tapi ku tetap percaya
hak itu tidak akan hidup
bersama kebatilan.
moga akan lahir,
umar yang baru..

Friday, October 5, 2012

Retorika Romantis-Islami

Kalau dulu kita boleh tengok fenomena orang luah perasaan kat Facebook.Saya memang setuju apabila ustaz-ustaz cakap perkara macam ini buang masa.Sekarang dah ada fenomena baru pula.Kita boleh dapati wall remaja sekarang yang selalu post-post berbentuk ala-nasihat menggunakan ayat romantis, cinta,hati dan perasaan.Tak terkecuali juga ayat-ayat romantis dan cinta yang lebih nampak Islamik.Katanya nak berdakwah dekat Facebook.Sebab ada ulama kata jihad berdakwah dekat Facebook.

Tapi betul ke nak berdakwah? 



Si lelaki menulis pasal muslimah.Bagi nasihat-nasihat yang baik untuk muslimah.Baguslah tu.Tapi kadang-kadang yang tak tahan selit sikit nak jadi Imam untuk wanita solehah,nak cari bidadari, rusuk kiri, tulang kipas dan semua-semua tu.Begitu juga dengan Si Perempuan tulis pula pasal lelaki.Nak cari Imam, pembimbing dekat dunia, ustaz personal dan sebagainya.Peliknya lelaki tersebut tak tulis pula pasal lelaki.Si perempuan itu pun jarang juga nak tulis pasal perempuan.

Kalau yang lelaki mesti seronok kalau ada muslimah Dp tudung labuh like status kita kan? Kalau yang muslimah pula mesti seronok kalau ada lelaki komen-komen sweet tanda setuju.Lagilah tak terkata kalau lelaki tu bagi komen,"Inilah ciri-ciri isteri solehah".. lagi gila lah kalau dapat mesej ,'' Saya nak ke syurga bersama awak. ''


Hewhew, Seronoknya!
Mandi tak basahlah kamu. 

  
Ditegaskan, jangan tertipu dengan perkataan-perkataan berbaur Islamik kalau caranya saja sudah tidak menepati apa yang Islam ajar.Bukan cinta Islamik jika ita sendiri sedang menggerakkan diri kepada dosa.Kalau terus-menerus post pasal semua ini dalam Facebook, ini bukan dakwah.Malah kita ini seperti merosakkan perkataan dakwah itu sendiri.

Kita sibuk 'berdakwah' macam ini tapi Imam dekat masjid atau surau 5 waktu itu pun kita tak sibuk nak dekat.Imam yang ada dekat masjid itu kita tak nak pula follow jadi makmum.Kita tak nak pula prepare untuk ganti Iman itu nanti.Hah, nak nafilah tu.Mana boleh jadi kalau 2 minit sekali ada post baru.

Tak salah nak post ayat romantis-islami sekali sekala.Dengan syarat bukanlah sampai lagha dengan setiap kali mengulang benda-benda sama, dan mengitar benda-benda lama.Memanglah ibadah yang baik itu dilakukan secara istiqamah.Tapi kalau post romantis-islami ini berterusan kesannya lebih kepada sia-sia.Sebab motif kita hidup bukan nak mencari cinta semata-mata melainkan ada lagi tanggungjawab yang lain perlu kita buat.

Seterusnya,ada orang sangka dengan komen-komen romantis-Islami di ruang komen status perempuan atau lelaki yang dia suka, tetapi belum diikat dengan ikatan yang sah akan menjadikan hubungan mereka itu Islamik.

Islamik? Kalau kamu mahukan perhubungan yang islamik.Bukan dengan setakat buat kata-kata romantis-islami itu dan ini.Tapi zahirkan, misalnya mula-mula sekali mencintai diri kamu sendiri dan mengelak kongsi dosa dengan orang lain.Lebih tepat lagi tak perlu buat ayat retorik yang menjurus kepada maksiat.



 Ok. Saya nak cadangkan, apa kata lepas ini kita tukar ayat romantis-islami ini kepada post yang lebih bermanfaat? Misalnya kongsi fakta-fakta sejarah,sains,ekonomi ataupun cetusan idea yang lebih bernas.Bagi saya, apa yang saya cadangkan ini jarang orang ambil peduli, lebih-lebih lagi ekonomi dan sejarah.Sedangkan dalam bidang ini,kita masih jauh ketinggalan.Saya suka kutip apa-apa info dari buku kemudian tulis dalam Facebook.Masyarakat sekarang lebih suka ber-Facebook dan jarang baca buku.Jadi, daripada kita asyik post retorik romantis-islami, lebih baik kita gerakkan isi-isi buku ke Facebook.Hasilnya masyarakat kita juga makin berilmu.

Kalau anda terasa dengan apa yang saya kata, saya mohon maaf. Saya tahu ramai pembaca blog ini suka post-post ayat romantis-islami.Macam saya kata tadi, tak salah post tapi jaga kuntitinya sebab ia akan mengganggu tanggungjawab kita yang lain.Mahu ke syurga bukan dibuktikan dengan lafaz kata-kata, tetapi ia dibuktikan dengan tindakan kita.Tak ada gunanya lafaz yang indah-indah kalau kita buat pun macam lain.

Tunggu jela kahwin nanti.Nak berbunga,bidadari atau nak jadi rusuk atau tulang apa sekalipun dekat suami isteri, tak salah.Malah dapat pahala..

Sekian dari Musafir Hairan.. :) ~

 

''Naim kenal tak Abang Z, dia suka post-post
pasal romantis-islami tau.Mesti dia ni baik kan? Mesti macam ustaz kan?"

Eh,sekarang ni 'buaya' pun boleh jadi Pak Ustaz tau..  :D



Thursday, October 4, 2012

Panduan Solat Istikharah



Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..

DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


  BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:


وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ


Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu‘ karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
 
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah


Tuesday, October 2, 2012

Tolong jangan percaya entry ini

Perempuan itu kata, "Aku tak suka kongsi rahsia dengan kawan perempuan.Sebab kat belakang aku, dia cerita dekat orang lain.Baik kawan dengan lelaki. Lelaki baik..Mereka pun caring tau."


haha .. 

Dalam kepalaku sekarang, perempuan ini mungkin bijak jika kata-kata dia ini dijadikan sebagai propaganda untuk tarik perhatian lelaki atau nak dapat 'Like' yang banyak dekat Facebook..Jika sebaliknya, atau yakin dengan apa dia katakan itu.Mungkin dia ni... Sebaliknya dari bijak lah. :)

Bukan niat saya untuk burukkan mana-mana lelaki.Saya pun lelaki.Tapi perlu bagi seorang perempuan itu berhati-hati dengan lelaki.Perempuan suka lelaki, fitrah.Tapi jangan jadi fitnah.


Kongsi rahsia.

Berbalik pada penyataan perempuan di atas,"Aku tak suka kongsi rahsia dengan kawan perempuan.Sebab kat belakang aku, dia cerita dekat orang lain.Baik kawan dengan lelaki. Lelaki baik..Mereka pun caring tau."

Suatu hari kamu ada masalah.Kemudian kamu cerita pada seorang kenalan lelaki kerana percaya dia penyayang,pendengar yang baik ataupun penasihat yang baik.Kamu pasti ke lelaki tu tak bagitau dekat kawan-kawan dia tentang rahsia yang kamu bagi pada dia? Tak kiralah siapa dia samaada abang angkatkah,adik angkat atau abang olok-olok.Padahal dia bukan saudara terdekat kamu.Kalau aib kamu terbuka luas mana sekalipun, dia bukan dapat apa-apa.Kalaulah silap haribulan kamu bergaduh.Pasti dia yang tengah berang, akan balas dengan perkara yang boleh membuatkan kamu sakit hati. Semestinya rahsia kamu lah bagi dia nak pecahkan.

Cerita tentang pengalaman, dulu saya pun berkawan dengan budak-budak nakal.Duduk lepak, kalau cakap bab awek mesti kita cerita pasal awek masing-masing(tapi saya single lagi xD ).Siap bagi orang lain baca SMS tu.Kalau kami kata ada awek cantik layan kami, orang tak percaya.Jadi kami terpaksa bagi orang baca perbualan dengan awek tersebut.

Pernah juga sekali seorang kenalan tunjuk pada saya gambar seorang awek.Saya kenal awek tersebut.Pasti.Gambar terpampang seorang gadis tidak bertudung.Gadis tersebut berpakaian menutup aurat dan bertudung litup dalam dunia realiti.Tapi rambutnya telah pun ditatap oleh mata ramai lelaki.Tak ada maknanya kalau kata rakan perempuan tak boleh simpan rahsia.Kalau kamu bagi rahsia tersebut kepada lelaki.Risikonya lebih buruk lagi.

Menyesal sekarang adik-adik.Menyesal kemudian tiada guna


Lamaran sebagai kekasih.

Kalau dia baik.Dia tak akan ajak kamu kapel.Hati mak bapak dia pun belum tentu dia nak jaga.Inikan nak jaga hati kamu.Kalau betul dia sayang kamu, dia tak akan ajak kamu ke lembah maksiat,melainkan dia biarkan kamu bebas dengan kehidupan sendiri untuk mencari makna hidup.



Memanglah pada awalnya,lelaki akan curahkan isi hati, "Selama ini saya memang sukakan awak.Awak ada ciri-ciri wanita idaman saya.Bolehkan kalau awak jadi kekasih saya? "..

Serta merta kamu jadi cair.Kepala menerawang entah ke mana.

Ataupun kami berlagak romantik, ajak naik bangunan or apa-apalah tempat yang best, kemudian jerit," Aku CINTA padamuuu ! ".. Tak pun ukir-ukir nama kat pokok, bagi hadiah, cincin, kek ataupun kad ucapan.Haa, time inilah Syaitan akan main peranan dia.Maka kamu akan accept lelaki tersebut tanpa berfikir panjang.Oh,tak apalah..nanti ada boyfriend best sikit kan? Taklah boring sangat. :P .. Kena tipu nanti baru padan muka.

Kadang-kadang kami tak perlu buat ayat bunga-bunga atau copy mana-mana puisi untuk diberi kepada seorang awek.Cukuplah berlagak sebagai seorang Ustaz.Itupun cukup meyakinkan kami bahawa kamu akan anggap kami ini baik.

Kami buat-buatlah pesan,
"Awak mesti pakai tu tudung, tutup aurat dan jangan keluar malam-malam dan bla3."

dengan harapan kamu akan balas,
"Okey, lepas ni saya pakai tudung.Awak ni baiklah.Saya belum jumpa lelaki sesoleh awak ni."

Padahal kamu tidak tahu kami ada buat plan jangka panjang. Lelaki memang pandai, lidah kami memang bermadu.Sebab itulah buaya darat itu diistilahkan untuk lelaki.Saya pun boleh buat cara tu.Malah pernah buat pun(dulu lah).Seringkali tersangkut.

masa kapel dengan lelaki A, "awak tahu, saya tak pernah seronok bercinta macam ni." .. si awek jawab, "Ya sama ^_^"

masa kapel dengan lelaki B, "awak tahu, saya belum jumpa perempuan macam awak" .. awek jawab,"Sama la.Awak pun"

masa kapel dengan lelaki C, "awak tahu, awaklah perempuan paling cute pernah saya jumpa.. awek jawab,"Awak pun sama"

Kalaulah A itu jujur, macam ada boleh jadi B dan C? Contoh di atas bukan setakat menceritakan tentang si lelaki yang menipu. Juga menceritakan bahawa perempuan memang mudah kena tipu dan menipu diri sendiri.Pernah lalui situasi ni? Anda lah dalam cerita itu.

Mudahnya seorang gadis percaya dengan kata-kata seorang lelaki.Bagi ayat sikit dah cair.Puji sikit dah merah muka.Memang tak nafilah wanita memang sukakan pujian.Tapi jangan jadikan pujian itu membuatkan kamu terperangkap dengan tipudaya lelaki.

Tapi mungkin ada antara kamu bertindak bijak dengan menolak jika seseorang lelaki mengajak kamu menjadi kekasih.Dia luahkan perasaan dengan macam-macam cara dan kata-kata.Kamu bagi respon menolak dengan baik kemudian dia balas,

 "Tak apalah, tapi kita still boleh jadi kawan kan?" .. 

Wanita! Beware, lelaki mungkin akan cuba cara lain.Maksudnya, kamu bagi satu lagi peluang dekat lelaki tersebut untuk pikat kamu.Takkanlah mudah nak lepaskan dengan sekali tolak.Kami akan cari point-point bagus yang boleh buat kamu sendiri tertarik pada kami semasa 'persahabatan' berlangsung.

Terperangkap Janji.

Janji.Bab ini tujuan utama saya nak tulis, tapi dah meleret-leret ke bawah.

Ok.Janji memang mudah nak sebut dan mudah juga orang percaya.Tidak salah berjanji.Tetapi berjanji dengan suatu perkara yang menetapkan alasan yang tidak kuat itu salah.Bila kekasih kamu berjanji akan jaga kamu sampai dia mati.Selagi dia belum menjadi suami kamu, jangan percaya.Kalau betullah dia nak jaga kamu.Kenapa kamu boleh jadi kekasih dia ketika dia sedang lafazkan janji? Malah kalau dia memanglah ingin jaga kamu dengan bersungguh-sungguh,dia akan cuba elakkan diri kamu untuk adakan apa-apa hubungan dengan lelaki termasuk dirinya sendiri.Percayalah, itu gentle. 

Saya seringkali dapat cerita, dari kenalan, guru-guru dan rakan sendiri.Saya kira ia satu tragedi yang akan buat saya terkedu jika terdengar kisah tersebut.Kisah tentang keterlanjuran seorang gadis mengadakan hubungan zina.Faktor yang menyebabkan mereka ke lembah zina adalah disebabkan janji manis seorang lelaki.

Cikgu Sejarah saya sendiri yang cerita, ada seorang wanita mengadu kepada Cikgu saya ni yang dia mengandungkan anak seorang rakannya di Universiti. Cikgu saya tanya, "Kenapa kamu bagi?".Wanita itu jawab, "Dah dia janji nak kahwin dengan aku"... Hah sudah. Sampai sekarang lelaki yang sepatutnya menjadi bapa kepada anaknya itu tidak mahu bertanggungjawab.Yakinlah, wanita tersebut sedang menyesal.




Kisah yang sama, diceritakan oleh rakan sebaya saya sendiri.Kes terjadi masa nak SPM dulu.Siti (bukan nama sebenar) minta pendapat macam mana nak tolong rakan dia melepaskan diri dari menjadi hamba seks seorang lelaki.Tragedi bermula ketika rakannya tersebut buat study group dengan pakwe dia dalam kelas.Masa tu petang, so sekolah tak ramai orang.Katanya pakwe budak perempuan itu janji nak kahwin dengannya lepas SPM.Dengan syarat perempuan tersebut mesti 'bagi' apa yang lelaki tu nak.Kalau tak bagi,tak jadi kahwin.Sampai exam SPM kejadian sadis ini berlaku.Lepas dapat result, lelaki dengan haluan sendiri, perempuan pun dengan haluan sendiri.Lelaki tak rugi apa-apa, yang menanggung kecewa si perempuan.Hilang noda dek janji manis seorang lelaki.Masa itu tak ada guna lagi dah nak terjun bangunan.

Diorang mengadu pada saya. Apa saya boleh buat? Saya cuma bagi pendapat repot kat polislah.Bagitau mak ayah or cikgu.Tapi jawapannya saya sendiri pun dapat teka.Takut malu.Hah, tahu pun malu.Masa awal-awal dulu orang selalu pesan tak mahu terima.Kalau kami nak rogol kamu, kami tak akan kata, "Saya berkawan dengan kamu ni, memang saya bercadang nak rogol kamu".. Bodohlah kan? Sebab itulah kami buat plan jangka panjang dengan menipu kamu.Maka, fikir-fikirkanlah...


Kesimpulan.

So awek-awek comel sekalian, janganlah mudah percaya sangat kepada lelaki.Kalau berkawan pun mesti hati-hati.Tunggulah janji seorang lelaki yang betul-betul mahukan kamu sebagai isteri.Itupun setelah berjumpa dengan orang tua kamu.

Kepada mereka yang telah pun terjerumus dengan situasi ini.Bukan bermakna ini pengakhiran kepada hidup kamu.Tapi jadikanlah peristiwa yang berlaku dalam hidup itu sebagai pengajaran serta jagalah saudara-saudara di sekeliling kamu.

Ok Girl.Kalau tak mahu percaya dekat saya sendiri pun tak kisahlah.Tapi taklah bermakna tolak apa-apa yang bermanfaat dari saya atau lelaki lain.Cuma jangan nilai kami berdasarkan apa yang kami kata.Kerana itulah saya sentiasa pesan, jangan tengok siapa yang berkata, tapi tengok apa yang saya kata.Dan.. Kepada lelaki-lelaki, maaflah sebab pecahkan rahsia kita.. haha .. Kerana mereka bakal pembimbing ummah kelak, maka aku terpaksa.Bukan kerana aku gay. hehe



Saya tak ada awek.Bukan bermakna saya gay.Saya suka perempuan.Tapi saya bukan buaya.. xD ..Walaupun saya tak hensem.Saya tahu lah saya romantik.Jadi, tolonglah jangan terpikat. hewhew





Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...