"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, November 16, 2012

putar belit



Seorang A politikus parti 123 berkata "Aku mendapati patung barbie boleh digunakan untuk kanak-kanak". Orang B melaporkan "A berkata bahawa babi itu halal dan boleh dimakan oleh kanak-kanak". Orang dari parti C berkata "Jahatnya A, menghala
lkan yang haram".

A menjawab "Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!".

C dan rakan2nya D,E F berkata " Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liberal dan menghina Islam"

Z ditanya oleh media sedang dia tidak mendengar sendiri lalu memberi komen "Ish, ini sudah teruk, kalau dia menghalalkan babi, saya merasakan dia adalah agen Yahudi di negara kita"


Pengajaran Ringkas :

a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepretasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.

b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.

c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..

d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes tertentu dan parti secara specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Kerana ia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.
 
 
 
 
shared Zaharuddin.net's photo.

1 comment:

  1. Setuju!, masalah sebab terlalu kepartian semua disebut oleh pemimpin parti, anak2 parti terus percaya, itu menjadi masalah orang yang terlampau obses dengan sifat keparian yang menebal, sama juga macam kita cakap obses dengan sifat bangsa yang menebal, sikap obses terhadap satu benda boleh menyebabkan memankan diri kita sendiri nanti. =) Keep it Up.. Remaja seperti kita la yang patut bangkit untuk Islam akan datang.

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...