"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Sunday, April 29, 2012

Semua Orang Nak Jadi Pejuang


Semua orang nak jadi pejuang.Semua orang tahu, Islam itu sinonim dengan perjuangan..

Tapi...

Saya hairan ada yang mengaku pendekar, membawa keris kononnya mempertahankan bangsa,agama serta menjaga hubungan sesama manusia tapi mengabaikan hubungan dengan Allah.Bukannya kita tidak tahu,manusia dicipta sebagai khalifah di muka bumi.
..
Sedang saya hairan melihat ada orang mengaku akrab dengan Allah tapi mengabaikan hubungan sesama manusia. Bukannya kita tidak tahu Islam juga sinonim dengan ukhwah dan setiap mukmin itu bersaudara.

Mereka nak jadi pejuang,orang sana nak jadi pejuang,orang sini nak jadi pejuang..dan saya pun nak berjuang untuk agama saya.. Kadang-kadang, matlamat itu betul tapi perlaksanaan yng salah.Maka orang lain memandang matlamat kita salah.Ada juga perlaksanaan yang baik tapi matlamatnya salah.Maka melihat terus kepada matlamatnya baik. Kadang-kadang juga silap mata yang memandang itu, sesuatu yang agak ekstrem langsung melabel tindakan itu salah.Padahal tidak mengkaji dan berfikir terlebih dahulu.

Semasa di bawah kekuasaan Khilafah, Islam hidup dalam satu naungan dan bersatu padu.Tapi kerana pemikiran Sekular Barat mula berjangkit pada kotak pemikiran sesetengah pihak telah menjahanamkan Daulah Khilafah.Ya,pemikiran moden yang melupai akhirat.

Setelah kejatuhan Khilafah Uthamaniah, tanah-tanah naungan Khilafah mula dibahagi-bahagikan atas dasar Negara Bangsa atau Nasionalisme.Negara-negara bangsa mula dimerdekakan dengan syarat memakai sistem dan perlembagaan dicipta Yahudi dan Nasrani.Tapi kerana kita sekadar membaca sejarah dari sasterawan yang menulis sejarah dengan kebohongan, maka kita langsung tidak memikirkan tentang ini.Malah selesa dengan sistem sedia ada tanpa berusaha untuk kembali seperti sediakala.Bahkan gembira bertelagah sesama sendiri.

Dahulu saya orang yang tegar menentang Demokrasi.Saya mula hairan mengapa ulama seperti membiarkan ia terjadi dan kelihatan memperjuangkan Demokrasi.Saya mula merasakan ulama tidak tahu dengan tipu daya atau konspirasi dari Yahudi.Ketika itu guru saya adalah internet dan buku-buku.Ternyata saya silap,sebelum ini saya hanya memandang dunia ini sekadar dengan pandangn hitam putih.Hitam itu salah putih itu benar.Maka saya merasakan saya lah yang paling mulia dan benar.

Hinggalah ada seorang guru Tasauf membacakan satu ayat,"Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.", surah Fathir ayat 28.

Mengapa Allah menyampaikan ayat ini? Mungkin Allah nak kita berfikir bahawa dalam kalangan manusia, yang paling dekat dengannya adalah ulama. Dari situ saya berfikir, adakah saya perlu lagi memandang rendah ulama yang lebih berilmu? Padahal sebelum ini saya hanyalah remaja yang sombong dengan ilmu dengan setakat pandai mengoogle hadis , copy dan tepek.Saya lupa, yang menjaga hadis-hadis dan ilmunya juga adalah ulama.


Pernah saya menghentam seorang sahabat dengan fakta-fakta sejarah mengenai Demokrasi,tapi dengan lembut beliau berkata,"Kata ulama, Demokrasi sedang dimanfaatkan.Menangkan Islam dalam Demokrasi,bukan bermakna memperjuangkan Demokrasi.Kita juga sedang berjuang untuk kembalikan Khilafah.Tapi takkan kita nak bunuh saudara sendiri.Kita nak hantar tentera berjihad tapi kita tiada kuasa tentera.Bumi ini perlu ditarbiyyah dahulu tanpa memaksa islahkan kejahilan.Bermula daripada diri, keluarga , masyarakat dan seterusnya negara.Dari situ dengan izin Allah akan membawa kepada Khilafah."

Ok, tak apa lah.Saya mula mengkaji mengapa manfaat Demokrasi kelihatan masih lagi cacat.Rupa-rupanya yang merosakkan manfaat tadi adalah diri kita sendiri.Kita tak perlu menghina kejahilan orang lain.Orang itu melakukan keburukan kerana mungkin dia tiada ilmu.Sedangkan kita yang mendamping dengan orang berilmu menghina golongan yang tidak berilmu.Sebenarnya kita lebih hina dengan ujub dan riak.Kerana kita yang melakukan keburukan, maka orang memandang kepimpinan ulama dengan pandangan yang hina.Itu satu pengkhianatan.

Perlukah kita cerita satu dunia tentang keaiban orang lain? Kemudian beribu memberi komentar yang mampu memalukan sesetengah pihak.Agak-agaknya lah kan, nak ke dia kembali ke pangkal jalan kalau kita buat macam tu? Walaupun kita nak sampaikan kepada orang lain tentang sesuatu keburukan yang tak patut diikuti,cukuplah ala kadar sahaja yang mampu memberi hikmah.Nak lawan, lawanlah atas kertas undi.Nak menangkan kebaikan, bawa ilmu dari ulama kepada mereka yang perlu disuntik kebaikan.Maka yang menjadi baik akan memilih kebaikan.Bukan cara perang caci makian.Ulama tak suruh kita perang mulut yang sia-sia dengan orang lain. Tarbiyyah, ia bukan dengan paksaan tapi satu proses.

Jangan kita pura-pura tak tahu,perjuangan Islam bukan bersemangatkan Nasionalisme semata.Semangat Nasionalisme berlebihan seakan-akan menyebabkan Islam itu sendiri terbius.Dulu kita bersama dalam satu naungan, kemudian dipecahkan oleh Barat dengan Nasionalis.Patutkah kita pula memperjuangkan Nasionalis? Saya bukan bertindak rasis tapi inilah kenyataan.Ketika Palestin sedang dibantai Zionis, kita berdiam.Saat Syria dihentam regim Basyar kita berdiam.Sejak Afghanistan diserang Tentera Salib moden NATO kita diam!Sedang pula pejuang-pejuang Islam selatan Thai disembelih kita juga diam.Kerana kita memikirkan negara kita sahaja, kita lupa saudara seagama.Pemikiran ini beku bahkan mampu melambatkan kesatuan Islam.

Dalam ketika Zionis melabuhkan tanahnya mencapai gagasan Israel.Sedang Jazirah Arab sedang diratah pengikut-pengikut Al-Masih Dajjal.Inikah masanya untuk kita bertengkar Kuning dengan Merah?Biru dengan Hijau? Oleh itu, ada baiknya kita sama-sama berjuang dengan matlamat yang sama iaitu kebangkitan Khilafah Islamiyah, walaupun dengan cara yang berlainan.Kita sama-sama menunggu Imam Mahdi.Mungkin anda nak pakai Snipe dan saya nak pakai M-16.Jadi anda tak perlu menghukum saya salah.Anda sayang agama, saya pun sayang agama.Syahadah kita sama kiblat kita sama.Kemenangan Islam itu pasti, tapi segalanya bermula dari kita.



Kerana kita tidak bersependapat, jangan menghina cara aku salah.Jika aku mainkan cara yang sama maka kita akan berpecah. Ada kala kau menegur yang sememangnya aku salah,aku akan muhasabah.Mungkin cara kita berbeza tapi matlamat kita sama.Raikan perbezaan ini.
..
Nak debat, debat sajalah tapi jangan memusuhi aku.Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara
..

2 comments:

  1. aslmkum saudara,tergerak saya buka blog ni dan baca,sy suka cara pandangan saudara,maka saya da link kan di blog sy yg tak seberapa,sudi2kan melawat blog kami,sy jemput...teruskan menulis,aura saudara sgt menenangkan...

    -Annur-

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...