"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, April 14, 2012

Ceritaku di Sekolah Pondok


"Man aroda dunya, fa’alaihi bil ‘ilmi, Man aroda akhirah fa’alaihi bil ilmi,Wa man aroda huma fa’alaihi bil ‘ilmi", sepotong ayat yang telah menyentap jiwa diucap lembut oleh seorang guru pondok ini.Kemudian ada suara yang bertanya, 

"Apa maksudnya Ustaz?" ..

Ustaz tersenyum sambil membalas pertanyaan,"Siapa yang menginginkan dunia maka harus dengan ilmu, siapa yg menginginkan akhirat maka dengan ilmu, dan barang siapa yang ingin kedua-duanya maka harus dengan ilmu".Terjemahan yang diberikan Ustaz tadi masih tidak memuaskan hati kami."Baiklah,buka kitab Minhaj Abidin", sambung Ustaz..

Kitab Minhaj Abidin? Hari ini hari pertama aku mengaji kat pondok, sebab itu aku tak tahu apa - apa.Tiba-tiba ada tangan mula menghulurkan sebuah buku yang kulitnya berwarna biru,aku mula membelek isinya yang ditulis dengan tulisan Jawi lama.

"Ini kitab Minhaj Abidin, memperihalkan tasawuf berdasarkan hadis.Kitab ni lama dah,tapi ramai orang tak tau.Kita kena belajar pasal perjalanan hati", kata empunya tangan yang menghulur tadi.Orangnya mudah tersenyum, berjubah putih dan berserban hitam.Ada kain kasar berwarna hijau muda diletakkan pada bahunya.Rakan sebelahnya berpakaian sama, tapi janggutnya lebih lebat.




Keadaan kat sini memang berbeza dengan tempat belajar yang lain.Tenang dan orang-orang kat sini pun semuanya baik.Sangkaan aku sebelum ni,sekolah pondok cuma tempat untuk budak-budak nakal dikurung hingga mereka berubah ,tapi ternyata aku silap.Sini tempat untuk mereka-mereka yang memang ikhlas belajar agama.

Syahdu rasanya tengok orang-orang macam ni.Seumur hidup aku belum pernah lagi jumpa pemuda-pemuda yang berani mengasingkan diri dari kehidupan duniawi. Masa tu baru ada kesedaran yang diri ini masih jahil lagi.Belajar agama Islam semata-mata untuk dapatkan A? Tapi Alhamdulillah, Allah tunjukkan aku kehidupan kat sini walaupaun hanya sebulan, sementara menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan.

Selepas solat Asar, semua pelajar pondok berkumpul dalam satu bentuk bulatan.Ya,semua pelajar kat sini wajib baca Mathurat setiap petang.Bukan Ustaz yang mewajibkan tapi pelajar senior mengawal aktiviti ni. Tak kelihatan wajah paksaan pun pada rupa mereka,malah ada yang berebut untuk mengetuai bacaan.


Foto dirakam dari atas Masjid ..Curi-curi naik tingkat atas..hehe

Tempat ni tak dapat peruntukan dari kerajaan.Cuma dari badan-badan kebajikan dan penduduk kampung.Tapi ada sekali-sekala rezeki tanpa diduga menyapa, Petronas kadang-kadang datang bagi sedikit sumbangan untuk pelajar-pelajar kat sini..Alhamdulillah..Semoga Allah membalas budi mereka.




Pondok-pondok ni macam daif je kan? Berbeza dengan kehidupan canggih Universiti,kolej dan sekolah-sekolah biasa.Kat sini eletrik pun kongsi.Time ni lah aku mula terdetik hairan, kenapalah nikmat harta tidak dibelanjakan untuk orang-orang yang bakal memimpin agama kemudian nanti.

Ya, tempat ni mungkin akan melahirkan Ulama hebat,tempat ni mungkin melahirkan pejuang Islam yang berani dan tempat ni mungkin akan melahirkan Agamawan yang tegar.Kenapa harta-harta negara yang melimpah tidak mampu diberikan untuk membiayai mereka? Sedangkan perkara yang sekadar hanya membina dunia mampu dibelanjakan jutaan ringgit? Tapi dengan tiba-tiba rasa hairan itu hilang..Mungkin ada hikmah sebaliknya..



Simpanan kitab para pecinta Ilmu.

Dekat sini tak ada mak cik kantin yang tolong sediakan makanan.Semua diurus sendiri.Kadang-kadang masak berkumpulan.Kadang-kadang intai warung-warung berdekatan.Kadang-kadang ada jemputan tahlil arwah.Orang-orang kampung hantar makanan pun ada.Pendek kata pelajar tak pernah susah untuk makan walaupaun tak mewah.Murah kan rezeki Allah bagi kat mereka? :D


Walaupaun kehidupan kat pondok tak lah sehebat dunia di luar sana, kegirangan tetap ada pada mereka...Kenapa ya? Sebab mereka tahu nikmat kesyukuran barangkali.Langsung tiada rungutan kedengaran.Selesa mengenakan pakaian mengikut sunnah,tersenyum sambil bermain.Mungkin,apakah hati mereka ini terlalu merindukan Syurga? Cemburu memerhatikan perasaan seperti mereka punya.

Eh, mana pelajar perempuan? haha. Ada sebelah tembok sana. Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bercampur sama sekali.Inilah sistem terbaik dalam pendidikan sepatutnya.Dapat prevent maksiat Insyaallah.Muslimah wajib jadi ninja kat sini supaya pelajar lelaki tak mudah "Jatuh Cinta" kata Ustaz..

Last day kat sini,sempat bertemu dengan seorang jamaah tabligh yang menumpang.Raut wajahnya putih berseri macam keanak-anakan.Tapi umurnya menjangkau lima tahun lebih tua dari aku kalau tak silap.Semerbak bau minyak kasturi saat berhadapan dengannya.Sempat berkenalan dan bercerita tentang kehidupan masing-masing.Beliau dari Sabah, baru saja pulang berdakwah dari Pakistan.

Aku mula menyatakan ini adalah hari terakhir aku kat pondok.Wajahnya tiba-tiba layu seraya bertanya, "Kenapa dik?".. Aku pun jawab sebab ada urusan lain dan nanti pun nak sambung belajar.So nak cuti kejap.

"Ini pun tempat belajar dik", katanya sambil tersenyum..

"Tapi tak apalah,mana-mana pun boleh belajar.Ingat pesan abang dik, carilah kejayaan jangan sekadar mencari keperluan.Sebab hari ini orang tersalah tafsirkan keperluan sebagai kejayaan dik", ujarnya lagi..

"Keperluan dan kejayaan?" tanyaku sambil mengangkat kening..

"Ya. Apa yang adik lihat hari ini.Kemodenan,ekonomi,pembangunan dan semua yang membawa kepada keselesaan kepada kita datangnya daripada ilmu.Tapi ilmu itulah yang menjadi keperluan", sambil menunjukkan jam tangannya sebagai isyarat bahawa kemudahan di tangannya itu adalah keperluan.

"Kejayaan hanya datang dari agama,belajar ilmu agama untuk mencapai kehidupan di Syurga dan keredhaan Allah.Itulah kejayaan dik.Ingat dik, mana-mana pun adik pergi, carilah orang yang berilmu agama", sambil menepuk bahu ku. Beliau pun bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Sabah.

Sebelum itu beliau sempat menjemput aku makan bersamanya beralaskan talam.Kemana-mana saja pun talam tu akan dibawanya. Tanyaku, "Kenapa?".. Dengan pantas beliau menjawab, "Saya tidak mahu tinggalkan sedikit pun Sunnah Nabi".. Subhanallah, hatiku tersentap melihat orang yang benar-benar sayangkan sunnah Rasulullah s.a.w. Last aku makan dalam talam pun masa kat tadika dulu.Setelah semuanya selesai, kami bersalam-salaman dan berpisah.

Kata-kata beliau tadi membuatkan aku terasa berat untuk tinggalkan sekolah pondok ni.Tapi tak apalah,kalau dipanjangkan umur ..tempat yang membawa seribu ketenangan ini akan aku kunjung lagi. Insyaallah. :)

Siapa yang menginginkan dunia maka harus dengan ilmu, siapa yang menginginkan akhirat maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka harus dengan ilmu.


11 comments:

  1. SUBHANALLAH..RINDU KENANGAN ANA DI PONDOK..DI SANA MEMANG MANUSIANYA BERBEZA DENGAN MANUSIA D LUAR...TERUSKAN MENCARI ILMU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..nak tanya pondok nie kat mana?nak pergi niat kerana Allah s.w.t

      Delete
  2. Assalamualaikum.
    Boleh saya tau dimana pondok ilmu ni?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kat mana ni ? teringin sangat nak g kat sini ...... :'(

    ReplyDelete
  4. sy teringin sgt nk belajar agama...kena byr tak kt sini? kt mane eik ni?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nak tanya..sekolah nie dekat mane?ape name sekolah nie.?terima kasih :).

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum

    sekolah ni dekat mana macam mana nak masuk belajar kat cni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..menarik. nk tahu tempatnye?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..menarik. nk tahu tempatnye?

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...