Mungkin kerana Ateefa diasuh dengan baik ketika menghuni di rumah anak yatim. Di rumah anak yatim itulah mereka bertemu kerana ibu Alif merupakan seorang guru di situ.
Alif tidak sedar bahawa Ateefa sedang memperjuangkan nasibnya juga. Bagi Ateefa, manusia zaman moden seharusnya menikmati ketamadunan dan fokus kepada suruhan Allah, bukan terpaksa menjadi mangsa materialisme.
***
"Adik-adik semua, bila besar nanti
nak jadi apa?" tanya Ateefa kepada sekumpulan kanak-kanak dalam satu
lawatannya ke sebuah perkampungan bersama rakan-rakan aktivis.
"Saya
nak jadi doktor! Nak tolong orang sakit."
"Saya
nak jadi polis! Nak tangkap orang jahat."
"Saya
nak jadi bomba! Saya nak selamatkan orang.."
Ateefa tersenyum melayan kanak-kanak tersebut. Jawapan yang berikan oleh kanak-kanak itu sudah biasa didengarinya. Tetapi lain pula jawapannya apabila soalan tersebut diajukan kepada remaja. Ateefa cukup faham akan pemikiran masyarakat pada hari ini. Hampir semua mempunyai kecenderungan materialistik atau kebendaan. Ateefa tidak hairan, kerana dia sendiri pernah melaluinya.
Ateefa tersenyum melayan kanak-kanak tersebut.Jawapan yang berikan oleh kanak-kanak itu sudah biasa didengarinya. Tetapi lain pula niat pada jawapannya apabila soalan tersebut diajukan kepada remaja. Ateefa cukup faham akan pemikiran masyarakat pada hari ini. Hampir semua mempunyai kecenderungan materialistik atau kebendaan.Ateefa tidak hairan, kerana dia pernah melaluinya.
Pada satu petang di rumah anak yatim, Ateefa sedang tekun menulis di bawah pohon yang rimbun, berhampiran dengan padang tempat anak-anak yatim bermain. Di situlah tempat kesukaan Ateefa sedari kecil lagi. Teduh dan tenang dengan keriangan suara kanak-kanak yang sedang bermain.
"Kenapa hanya sesetengah manusia sahaja mampu untuk dekat dengan
ilmu?", Ateefa bermonolog ketika tangannya itu sedang mencatat sesuatu.
Ketika itulah ada seseorang mendekatinya.
"Assalamualaikum kak Ateefa" sapa Rosma, bakal adik iparnya
yang baru sahaja menjejak ke dunia remaja.
"Waa'laikumussalam. Eh, Rosma .. " Ateefa menjawab sapaan
Rosma.
"Akak sibuk ke? Tulis apa tu?"
"Taklah sibuk sangat.Akak tengah siapkan buku. Duduklah"
Rosma duduk di sebelah bakal kakak iparnya itu, sambil meneliti tangan
Ateefa melakar huruf demi huruf. Kadang-kadang Rosma cemburu dengan Ateefa
kerana kerajinannya. Bagi Rosma, mungkin itulah sebabnya Ateefa mampu belajar
dengan lebih tinggi dan dihormati. Rosma rasa rendah diri kerana dia selalu
gagal dalam akademik.
"Rosma, kenapa Rosma nampak pucat? Rosma tak sihat?" tanya
Ateefa.
Rosma mengilingkan kepalanya.Dari anak mata Rosma, Ateefa seakan dapat
mengagak sesuatu yang disembunyikan bakal iparnya itu.
"Kalau Rosma ada masalah, jangan sembunyi. Mana tahu akak boleh
bantu." tambah Ateefa lagi.
Tiba-tiba.
Tiba-tiba.
"Kenapa Rosma selalu gagal peperiksaan? Cikgu selalu marah Rosma,
kawan-kawan pun ejek Rosma.Adakah Rosma ni pemalas?" Dalam keadaan sugul
akhirnya Rosma bersuara.Ateefa sedikit terkejut akan soalan yang tidak
disangkakan itu.
"Rosma.. Rosma tak malas, sayang. Rosma bantu ibu jaga adik-adik
kat sini. Rosma suka tolong Abang Alif. Rosma pun bukan seorang yang gagal.
Cukup akhlak yang baik dan budi pekerti dalam diri Rosma, itupun
kejayaan.", jawab Ateefa dengan berhikmah.
"Tapi kenapa mereka letak Rosma dalam kelas corot? Budak-budak
kelas depan pun tak nak kawan dengan Rosma. Cikgu pun macam malas nak layan
kelas kami. Budak-budak kelas depan selalu je ada kem. Kenapa kami tak boleh
ikut serta?" Rosma masih tidak berpuas hati. Mencebik bibinya yang mungil
itu.
Ateefa cukup faham pergolakan yang melanda hati Rosma. Tetapi hatinya
lebih sedih mengenangkan nasib anak-anak muda yang dideskriminasi sedemikian.
Ateefa terdiam sejenak. Berfikir mencari ilham untuk mengubati perasaan bakal
iparnya itu. Akhirnya Ateefa mendapat buah fikiran.
"Cita-cita Rosma apa ya?"
"Tak tahu lagi. Tengok result SPM dulu"
"Kenapa kena tengok result SPM dulu?" Ateefa cuba memancing
fikiran Rosma.
"Yelaa, kalau result Rosma tak baik. Rosma mana boleh suka-suka nak
pilih jurusan.
Biasanya orang cerdik je boleh jadi apa yang dia mahu.''
Biasanya orang cerdik je boleh jadi apa yang dia mahu.''
“Kalau result baik?”
“Em, Rosma bolehlah jadi doktor, jurutera dan apa-apa lagi
pekerjaan yang bergaji tinggi.”
"Kalau result tak baik?"
"Entah, jadi suri rumahlah. Jaga baby."
Ateefa ketawa kecil, mencubit manja pipi Rosma.
Ateefa ketawa kecil, mencubit manja pipi Rosma.
“Rosma mesti buat keputusan apa nak jadi nanti, dengan kelebihan yang dimiliki.
Sebelum ada orang lain yang tentukan apa yang Rosma akan jadi. Kalau orang lain
yang tentukan, nanti susahlah Rosma nak jadi diri sendiri.”
Rosma diam seribu bahasa. Mungkin dia tidak faham.
"Rosma tahu tak, siapa orang cerdik pada pandangan Rasulullah
s.aw?" tanya Ateefa.
"Tak"
"Orang yang cerdik itu adalah orang yang sentiasa mengingati
kematian. Setiap perkara yang dilakukan semasa dirinya hidup semestinya
dijadikan bekalannya setelah kematian. Bahkan dalam mencari ilmu. Kegagalan
seseorang itu adalah dia tidak mahu mengingati kematian walaupun dia seorang
pelajar kelas hadapan dan disayangi ramai orang."
"Maksud Akak?"
"Kalau Rosma tak pandai dalam akademik, selalu gagal peperiksaan.
Bukanlah bermakna Rosma gagal dalam kehidupan. Kejayaan bagi Akak apabila kita
tahu sesuatu yang kita tak pernah tahu sebelum ini. Lebih-lebih lagi
pengetahuan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Turut dijadikan
bekalan untuk kehidupan selepas kematian. Bukanlah lulus cemerlang dalam peperiksaan
dan dapat kerja sahaja. Bukan untuk dapatkan perkerjaan yang bergaji tinggi
tetapi redha Allah."
Rosma mengangguk, tanda dia memahami.
“Tapi Rosma sendiri tak tahu apa kelebihan Rosma” ujar Rosma.Walau
bagaimanapun, Ateefa tahu akan kelebihan bakal iparnya itu.
“Rosma pandai mengaji, hafal Al-Qur’an dan tajwid. Bukan?”
“Ya, semua Abang Alif yang ajar”
“Itulah kelebihan Rosma. Orang lain mungkin tak ada abang yang pandai mengajar
macam Rosma punya. Suatu hari nanti, Rosma boleh jadi macam Abang Alif juga.
Rosma boleh buka kelas Qur’an dan jadi ustazah.Nanti ada rezeki buat Rosma.
Jangan pula Rosma kata kalau tak dapat sijil dalam bidang yang hebat tak dapat
makan. Itu dah jadi syirik.”
“Syirik? Kenapa?”
“Allah itu yang memberi rezeki. Bukan jawapan peperiksaan atau sijil
yang menetapkan rezeki buat kita” tambah Ateefa lagi.
Setelah mendengar penjelasan Ateefa itu, bibit-bibit kecewa beransur hilang dari dalam diri Rosma. Dia mula tersenyum dan tidak dilihat sugul lagi. Mula bersemangat dan tidak rasa terlalu rendah diri lagi.
“Allah jadikan kita semua dengan kelebihan masing-masing.Jadi, kita mestilah bersyukur akan anugerah tersebut. Ada orang mahu jadi doktor, guru, jurutera dan sebagainya. Semuanya sewajibnya diniatkan kerana Allah dan manfaat seluruh saudara.” Tambah Ateefa lagi bagi meyakinkan Rosma.
Setelah peristiwa itu, Ateefa semakin kuat melakukan kerja-kerja aktivisme. Dia tidak bersetuju pendidikan itu diniagakan. Bagi Ateefa, ilmu itu harus bergerak dan dimiliki oleh semua orang samaada seseorang itu lemah berfikir atau tidak. Samaada terdiri daripada anak orang kaya ataupun tidak.
Dia berniat untuk membuka pusat tusyen percuma untuk semua pelajar seandainya mampu. Walaupun dia sendiri tahu, untuk mewujudkan program itu memerlukan kos yang tinggi.Kerana kekangan tersebut, Ateefa hanya mampu bertindak menulis sebuah buku yang terdapat cadangan dan solusi yang dia fikirkan sahaja.
Pada suatu ketika Gaza bergolak lagi. Tatkala ini gempar seluruh negara akan kebiadapan Zionis melakukan genosis terhadap negara yang lemah. Maka terjadilah demonstrasi besar-besaran di seluruh negara.Ateefa turut ikut serta dalam demonstrasi tersebut.
“Selamatkan negara ini! Berikan pendidikan yang baik kepada seluruh bangsa Malaysia untuk selamatkan Palestin.” Ateefa melafazkan kata-kata ini ketika demonstrasi berlangsung. Terdapat beberapa orang yang mendengar ucapan itu serta-merta berpaling kepada Ateefa dengan wajah yang kehairanan.
Tidak lama kemudian, seorang rakan Ateefa mendekatinya.
“Kenapa awak laungkan tentang pendidikan masa demo tadi? Kenapa tak canangkan tentera?’’ Tanya Athirah, rakan aktivisnya.
“Kerajaan tak akan hantar tentera.” Jawab Ateefa secara ringkas.
“Habis tu, kenapa pendidikan?” tanya Athirah lagi.
“Saya percaya Zionis akan terkejut apabila umat Islam tidak turun berdemo setiap kali mereka membedil Gaza. Malah,mereka akan terkejut apabila kita sibuk membina sistem pendidikan yang mendekatkan diri dengan Allah. Ketika itu intelektual umat Islam semuanya mempunyai semangat juang dan jihad yang kuat. Bukanlah mempunyai sikap materialistik dan kecewa kerana tidak dapat A atau merit yang tinggi dalam peperiksaan.”
“Tapi bukankah pencapaian merit dan A itu sebagai penanda aras untuk memilih pelajar yang bijak bagi melahirkan intelektual juga?”
“Intelektual haruslah seseorang yang sedar status kemanusiaannya sendiri, dan kesedaran itu meletakkan beban tanggungjawab ke atasnya. Dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran diri, golongan intelektual ini akan membangkitkan reaksi ilmiah, sosial dan revolusi dari masyarakat. Bukan pula mementingkan diri sendiri. Masyarakat yang baik itulah yang membentuk negara yang baik. Dengan izinNya kita akan ke Palestin.”jawab Ateefa sambil tersenyum. Menikmati bayangan yang memaparkan kemenangan.
“Mengapakah teknologi tidak mampu menjadi pembantu semua orang? Mengapa sumber alam tidak dapat diagihkan secara baik kepada seluruh masyarakat? Malah berlaku pembaziran.Mengapa pula pelajar pondok dan tahfiz seperti dilepas pandang berbanding pelajar-pelajar sains? Adakah kerana pembawa agama tidak memberi keuntungan material?” Ateefa bermonolog lagi di bawah pohon rimbun, berfikir mencari solusi untuk ditulis dalam bukunya.
Ateefa tahu segala
masalah itu kerana kecenderungan ekonomi kapitalisme. Menjadikan golongan
borjuis atau pemodal membolot sumber alam bagi kepentingan diri. Pekerja yang
diambil mestilah yang terdiri dari bijak pandai dalam sesuatu bidang yang
memberi keuntungan kepadanya sahaja.Mereka tidak memerlukan akhlak dan
pengetahuan rohani untuk kelancaran produktiviti. Lantaran itulah materialisme
tumbuh dengan subur. Pendidikan
seakan menjadi komoditi kepada orang tamak. Mereka tidak mahu manusia menjadi
kritis yang boleh mencabar hegemoni mereka. Mereka cuma mahu orang yang lulus
peperiksaan untuk menyiapkan kertas-kertas kerja dan mereka yang gagal akademik
patut sahaja di lapangan kilang.
Waima, melawan sistem itu bukan mudah,memakan
masa yang lama sebagaimana sistem itu sendiri wujud. Namun Ateefa mengakui
hakikat bahawa dia mungkin tidak mampu melihat kemenangan Islam di akhir zaman.
“Aku bukanlah
pemula perjuangan ini, bukanlah penamat perjuangan ini. Tetapi
akulah penyambung, maka aku tidak akan hentikan perjalanan ini.Tulisan ini akan
hidup sementara aku mati.” getus hati gadis yang bersemangat kental ini dengan lapang.
Bukunya ditutup. Mengharapkan tulisannya itu akan memberi manfaat kepada
seseorang atau ramai orang suatu hari nanti.
Dia berniat untuk ke Palestin dalam misi memberi bantuan kemanusiaan. Hal inilah yang menyebabkan Ateefa belum mahu lagi berumahtangga.
“Ateefa nak pergi Palestin sebelum kita kahwin. Itulah impian Ateefa dari dulu lagi.” ujar Ateefa kepada Alif.
“Ateefa pun boleh pergi lepas kita kahwin, bukan?”
“Ya, tapi Ateefa seakan melepaskan tanggungjawab pada Abang pula nanti. Siapa nak jaga makan minum Abang. Pakaian Abang .. Lagipun Ateefa pergi lama.” Ateefa bertegas walaupun sopan.
Alif akur. Lagi pula niat tunangnya itu mulia. Cuma dia bimbangkan keselamatan tunangnya kerana Palestin baru sahaja bergolak.
“Keadaan di sana masih dalam tidak aman lagi Ateefa. Abang cuma bimbangkan Ateefa.” Akhirnya isi hantinya itu terluah juga.
“Kalau ditakdirkann ajal, maut juga. Boleh sahaja Allah mengambil nyawa kita dengan digigit semut sahaja.Jangan bimbang Abang Alif, kita akan kahwin setelah Ateefa pulang.Solehah untuk yang soleh.” Ateefa seakan bermadah.Alif Cuma diam kerana kata-kata Ateefa ada benarnya. Dia tidak mampu menghalang kerana Ateefa belum lagi menjadi isterinya. Sebagai lelaki budiman, Alif menghormati kebebasan dan kemahuan orang yang dikenalinya itu.
Ateefa berangkat ke Palestin setelah bukunya yang berjudul 'Mari Syahid atau Menang' itu siap dan dipasarkan. Perjuangannya masih hidup di tanah air sekalipun dia telah terbang melintasi sempadan negara lain setelah bukunya itu menjadi kontroversi dalam masyarakat tempatan. Buku itu telah dibaca oleh Alif sendiri dan sedikit sebanyak merubah pemikirannya. Semangat revolusi sedemikian sukar dimiliki pada jiwa umat Islam sekarang. Tambahan pula dimiliki seorang gadis kecil seperti Ateefa. Alif sangat bangga.
Dua bulan berlalu, Ateefa masih sibuk berjuang di Palestin. Kerinduan menerpa dalam diri Alif saat dia sedang menyapu daun-daun kering di sekitar rumah anak yatim. Tatkala itulah seorang posmen hadir di pintu pagar rumah anak yatim itu dan menghampiri Alif untuk menghantar surat.
Pon! Pon!
“Surat untuk kau Alif” kata posmen yang dikenalinya itu.
Alif membuka sampul surat itu. Senyumannya meleret ketika melihat isinya. Penyapu yang disandang dilepaskan serta-merta tanpa disedarinya.Sampul itu mengandungi poskad dan foto-foto Ateefa yang sedang melakukan kerja amalnya di Palestin. Foto yang memaparkan Ateefa yang kelihatan riang bersama anak-anak Palestin membuatkan hatinya turut riang sama.
"Surat apa itu Alif? Pelik je aku tengok kamu ni" kata posmen bernama Razak, yang juga sahabatnya semenjak kecil lagi, sambil menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal.
"Poskad daripada tunang aku, Ateefa. Dari Palestin", jawab Alif."Surat apa itu Alif? Pelik je aku tengok kamu ni" kata posmen bernama Razak, yang juga sahabatnya semenjak kecil lagi, sambil menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal.
"Oh, tunang kau kerja apa sekarang?" tanya Razak.
"Ateefa.. tunangku revolusioner", jawab Alif sambil menguntum senyum saat matanya berkaca-kaca.
nice to read and some sort has opened my mind :)
ReplyDeleteSngt2 mmbuka mata dan hati.. Terima kasih.. In shaa Allah kita akn bersama2 mnjd pejuang revolusi kebangkitan umat Islam. Wlaupun Islam tetap akn bangkit wlau kita tidak mahu bersamanya, tetapi lebih indah sekiranya perjuangan ini digalas bersama.. Terima kasih shabat penulis..
ReplyDelete