"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Monday, September 3, 2012

ACAB


Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...
Bangun..dari tidur
Bangun...orang timur 

- ACAB, lirik lagu Bangun









Inilah band ACAB.Femes bagi remaja kat Malaysia lewat tahun 90-an dulu.Masa kecik, selalu selongkar bilik bujang bapak saudara.Dan di bilik beliau lah saya mula mengenal band ini.

Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994. Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada The A.C.A.B.Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Megat a.k.a Magskin dan juga Eddie.Percayalah, mereka bukan sembarangan pemuzik melainkan otak mereka dipenuhi idea malah mempunyai kesedaran tinggi dalam pasca moden ini.

Dulu masa zaman-zaman rebel, saya pun salah seorang fan kepada muzik-muzik underground.Selalu pergi jamming.Sampai hedonis dibuatnya tanpa faham dan tidak tahu apa-apa langsung tentang kapitalisme.Ingatkan cuma muzik keras untuk dilayan sahaja.Pemuzik underground tidak begitu.Mereka ada prinsip dan pendirian tersendiri.Matlamatnya tegar menentang penindasan para kapitalis dan mencari kebebasan.


Lagu-lagu ACAB tampak membela keadilan sosial.Lagu mereka ialah puisi yang dinyanyikan.
Memanglah tidak terlalu puitis,tapi muziknya jujur berbanding muzik-muzik lain yang cuma retorik saja menggebu-gebu.Kalau pemuzik itu cuma setakat buat lagu cinta menyedapkan tekak remaja gersang.Kemudian dia mati, apa yang dia tinggalkan? Cuma muzik-muzik kosong yang melahirkan ramai lagi jiwa gersang.Tapi, artis-artis revolusioner mereka tinggalkan semangat dan teka-teki dalam lagu mereka.Kalau tak percaya cubalah dengar dan hayati lirik ACAB sendiri seperti lagu Skindhead for Life,Fight for Your Right,Bangun dan banyak lagi lagu berbentuk idea.Anda akan dapati mereka adalah berjiwa relolusioner dan mencapai tahap kematangan dalam memanfaatkan muzik.


Bukan mahu kondem sebab tidak minat dengan artis sekarang, muzik-muzik hari ini seperti tiada nilai.Manusia mudah jadi artis tanpa bakat dan pemikiran.Malahan kebanyakan nasyid-nasyid di Malaysia pun sibuk main kata-kata palsu dan khayalan semata-mata.Saya berani katalah, bagi mereka yang berjiwa muzik, lagu-lagu ACAB lah yang layak didengar dan patut dihayati.Bukan sekadaa dapat menghilangkan rasa bosan dan memenuhi keinginan genre, tapi bait-bait liriknya mempunyai makna tersirat dan tidak palsu.





Saya tertarik dengan kisah vokalis band ini, Megat atau dikenali sebagai Magskin yang merupakan pengasas ACAB.Kalau dulu masyarakat kenal beliau sebagai budak berimej dan attitude working  class seakan bermasalah.Tapi lihatlah sekarang, beliau kelihatan berjaya membawa diri. Mungkin, beliau membesar dalam suasana kacau atau apa-apa saja.Kerana berkat usaha beliau berjuang untuk keadilan dengan cara tersendiri, Allah membalas kebaikan terhadap beliau.


 brader Megat dalam Mastika


Muzik Underground.Walaupun mereka tidaklah Islamik malahan rebel, tapi sekurang-kurangnya mereka ada usaha mencari makna hidup.Melahirkan kejujuran dalam seni dan bakat.Itu adalah lebih baik dari kita yahg lahir saja Islam cuma senyum saja pada rat race.Jangan disangka budak-budak punker cuma tahu riot-riot dan menghabiskan masa sahaja.Punker yang bijak, bukan sembarangan bijak.Tapi mereka lebih sedar tentang hakikat perjalanan dunia moden sekarang dan sedar mereka telahpun terpasung dalam pelbagai sistem.Bezanya, mungkin mereka belum mengenal Islam dengan lebih dekat.Sebenarnya, yang dicari mereka adalah makna Islam itu sendiri.

To ACAB, wa tabik cara lu.Moga akan lahir ramai pemikir yang berani melontar apa yang mereka fikir dengan apa cara yang mereka mampu.


 Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
- Surah Al-Qasas 56



 Katakan pada hati mu.Kau bebas menentang musuh mu.Dikebebasan yang baru kan di bawa mu.Kuatkanlah pegangan mu. Kita pastikan bersatu.Dikebebasan yang baru! Kita kan bertemu!

-lirik lagu Skinhead Selamanya
-----------------

this is my favourite song. 

Bangun! 

No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...