"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, March 2, 2012

Aku Dan Perasaan


Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telefon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan.

Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi kebahagiaan. Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita. Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.

Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan dan kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa.

Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya. Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteri atau pun seorang kekasih yang mahu dipamerkan kepada semua?

Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama. Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya. Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.


Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.



No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...