"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Thursday, May 31, 2012

Revolusi Diri ..


Revolusi, kerja keras bagi aktivis untuk menukar sistem yang tidak dipersetujui.Mencipta berbagai solusi samaada secara sederhana mahupun agresif.Misalnya hari ini apabila politik dikawal korupsi yang sarat membawa sekularisme, segalanya dah macam sampah bagi aktivis.Kehendak aktivis, derita umat perlu diubati segera.Supaya racun pada kulit tidak akan meresap ke dalam nadi.


Terdapat aktivis yang kontra dengan sistem yang sedia ada, tapi terdapat juga aktivis nasional yang agak pro kerana selesa dengan apa yang dimiliki.Misi mereka adalah satu, mencapai kebaikan.Kerana wujud pro dan kontra maka terjadilah perang antara mereka ini.Laman sesawang misalnya sebagai medan , Youtube, Facebook , Tweet dan sebagainya pasti tidak lekang dengan perang caci maki. Ada yang bagi pendapat sendiri, malah dicipta olehnya fatwa sendiri.


Tahukah...
Penghalang kepada kejayaan kita adalah fikiran kita sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.Ada baiknya kita patut banyak berfikir daripada banyak buat bising.Bising-bising tanpa isi, menambah kecacatan.Berkata-kata tanpa berfikir, ibarat menanak nasi tanpa air.Kesannya pasti "rosak" ataupun "kosong" ..

Saya tidak berapa setuju dengan golongan yang merasakan mereka cukup bijak daripada ulama.Dan mereka rasakan mereka lah golongan yang paling benar dan patut diikuti.Padahal akhlak yang ditunjukkan mereka jelas menunjukkan mereka seperti tidak berilmu dan masih ditahap rendah jika nak dibandingkan dengan ulama.Jika setakat usaha create page atau group kemudian ajak debat.Ada baiknya kita cari dulu ilmu sebelum bertindak.Sebab ia mampu memberi kesan yang mampu mengelirukan orang-orang yang membaca komen tersebut.Jelaslah ia mampu membawa lebih lagi keburukan.Kalau tidak setuju, nyatakan sajalah dasar tidak setuju anda.Usah pula sesatkan ulama.Mereka mungkin ada dalil tersendiri.

Begitu juga golongan yang suka melalak bukit.Selalu mengutarakan pendapat dengan kehendak nafsu.Bila terjadi sesuatu isu yang buruk, terus bagi hujah tanpa berfikir dengan lebih mendalam.Bahkan isu-isu yang kecil mengaja diperdebatkan kerana yakin diri mampu untuk memenangi isu tersebut.Tapi lebih banyak isu besar ditinggalkan.Sibuk sapu habuk ditingkap sampai licin, tapi tahi ayam dilantai dibiarkan.




Baru-baru ini, gempar di minda rakyat, buku "Allah, Kebebasan dan Cinta" karangan seorang tokoh Liberalisme Irshad Mandji adalah satu tulisan yang dikatakan mampu mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.Kemudian, muncul lah golongan yang dikatakan pendekar yang nekad untuk menentang tokoh dan buku tersebut.Malah ada ura-ura mengatakan untuk mengadakan upacara membakar buku tersebut.Tindakan ini mampu memalukan diri kita sendiri kerana tokoh tersebut menyerang kita dengan idea.Kenapa nak rajin-rajin bakar buku? Baca buku malas.Saya khuatir, dunia akan semakin yakin bahawa Islam sememangnya pengganas.Sepatutnya kita perlu fikir untuk menentangnya menggunakan akal juga.Bahkan kita mempunyai ramai cendekiawan yang terbiasa dengan pelbagai ilmu serta terbiasa dengan ilmu Al-Qur'an dan hadis.Adakah cara ini tidak boleh dimanfaatkan? 


Saya tertarik melihat gaya Zionis bangkit, bermula dengan penulisan digerakkan pembacaan.Der Judenstaat yang bermaksud Negara Yahudi ditulis oleh tokoh Zionis bernama Theodorl Herzl.Dimanfaat sebaik-baiknya hinggakan usaha daripada idea tersebut digerakkan berabad lamanya.Dan hari ini mereka megah dengan ekonomi dan persenjataan.Berjaya membina sebuah negara Israel dan masih lagi berusaha keras memecahkan jazirah Arab untuk merealisasikan Israel Raya.Begitu juga dengan kebangkitan Nazi di Jerman, ia bangkit dari idea Mein Kampf karya Adolf Hitler.Sedang umat kita dikurniakan wahyu, lebih mulia dari segala penulisan.Rugilah kita yang tidak memanfaatkan. 

Rovolusi diri, dengan mengubah sistem pemikiran diri ke arah lebih baik.Yakinkan diri bahawa musuh sebenar perlu dihadapi adalah manusia syaitan dalam seruan Zionis.Dalam kancah huru-hara akhir zaman ini.Usaha kita adalah melahirkan lebih ramai orang-orang yang berfikiran dan mengubati golongan-golongan yang terus dibelenggu pembodohan hedonisme.Tidak perlu dengan kekasaran, cukup sebagaimana mengikut resam melentur buluh.Dalam mengubati hati manusia, kata-kata ada peranan.Asalkan ia berhikmah dan bijaksana.Pupuk juga minat masyarakat terhadap Sejarah, ia mampu menjadi senjata dan menguatkan jatidiri.Tanpa sejarah kita tidak tahu dari mana kita datang, jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka sukarlah untuk menentukan arah untuk kita pergi.


Jika anda rasakan sesuatu perlu diubah,beranilah tampil memberikan pendapat.Luahkan segala yang terbuku dihati, kemudian kemukakan pendapat dihadapan orang lain dalam keadaan hati terbuka untuk menerima tolakan orang lain pula.Kadang-kadang apa yang kita rasakan baik mungkin salah.Bersedia juga untuk menerima pendapat orang lain.Jauhkan sifat bersangka-sangka.Sesuatu yang baik, belum tentu benar ..Sesuatu yang buruk, belum tentu salah.Maka berwaspada .. Itu lebih baik. Open mind saya selalu pegang.Kerana manusia semestinya ada kekurangan.Jadilah seorang manusia semakin berilmu semakin zuhud.Sebagaimana padi semakin berisi semakin menunduk.Janganlah kita merasa lebih mulia dari orang lain.


Begitu juga para pemimpin.Anda mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk menjaga rakyat.Malah anda bertanggungjawab atas segala tindakan rakyat anda.Segalanya pasti akan dibicarakan dihadapan Allah.Usah sekali-kali menipu dan membutakan mata hati rakyat kerana ingin sekadar menjaga agenda politik yang sempit itu.Sesungguhnya politik tertinggi umat Islam akan dimenangkan melalui Khilafah manhaj ala Nubuwwah.Jangan biarkan rakyat lebih pandai daripada pemimpin.Kelak akan ditertawakan.Contohi Rasulullah s.a.w,Al-Fateh,Umar al-Khattab dan ramai lagi pemimpin yang mampu menjadi idola tersimpan dalam sirah.





Sekadar pandangan bebas daripada remaja 18 tahun ini, tulisan tanpa pena , Musafir Hairan.Jika salah, digalakkan memberi kritikan. 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim. Surah Al-Hujaraat 11 





Aku cintakan pemuda seperti Giffari,menentang kezaliman walaupun diancam,moga kan lahir lagi di abad ini, jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram .Penduduk Alam Melayu, dahulu kita berjenama.Kita perlu berubah.Masa untuk penjenamaan semula.Kita berjenama!




Wednesday, May 30, 2012

Bertepuk Sebelah Tangan ..





Foto yang dirindui ditatap lama.Hanya terpegang oleh tangan yang kaku.Fikiran menerawang jauh dengan harapan jasab yang dirindui berada lebih dekat.Malangnya ia cuma khayalan.SMS bersama yang dirindui itu pasti dibaca berulang kali.Menghayati kembali saat indah bersamanya.Sambil berteman dengan melodi-melodi merindu.


Si dia selama ini amatlah rapat.Saling berkongsi cerita dan kenangan-kenangan.Chatting dekat Facebook semestinya tiap malam.Hinggalah suatu hari, hubungan dengannya dirasakan seperti dijarakkan.Seperti ada sesuatu yang membina tembok antara diri ini dengan dirinya.


Setelah diteliti, alangkah berkecainya hati.Dia telah bersama dengan yang lain.Malah hubungannya lebih ampuh dengan kenalan baru itu berbanding hubungan diri dengan si dia selama ini.Lebih pedih si dia sering bercerita tentang kenalan kesayangan barunya itu.

Kemudian, bermurunglah diri.Menyimpan dendam barangkali.Kadang-kadang terasa diri amatlah memiliki kekurangan dan tidak berguna lagi.Hidup dalam emosi yang memenjarakan diri.


Cinta bertepuk sebelah tangan amatlah menyakitkan.Dari awal perkenalan mengharapkan perkenalan tersebut akan bertumbuh dengan kasih-sayang.Hinggalah dipertengahan perkenalan segala-galanya telah dicurahkan.Kerap mengagumkan si dia.Cuma takut menyatakan hasrat hati yang sebenar.Tapi tak sangka pula cuaca elok dicita sampai ke petang mula taufan di tengahari.


Namun, diri tetap tidak mahu menyerah kalah.Saat semangat membara tanpa sedikit pun dorongan akal.Dengan berani mati, ayat keramat akhirnya tetap diluahkan.


"Awak, kita dah lama suka kat awak. Tapi kita takut nak bagitau. Takut awak tak suka kita. Kita cuba buat awak suka kat kita. Macam-macam kita buat untuk awak. Cuma awak yang tak nampak. "

"Haa? Tapi saya cuma anggap awak kawan jer la. Lagipun dan terlambat. Saya dah berpunya."

hewhew~! xD


Tak apalah.Mungkin dia bukan jodoh anda.Tak perlu dirungsing-rungsingkan lagi.Walaupun usaha untuk meninggalkan kenangan itu amatlah sukar sekali.Tapi kenyataannya ia harus ditelan supaya tidak menjadi masalah lagi.Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.Banyak lagi perkara atas dunia ini untuk difikirkan. Jadi, usahlah membuang masa dengan hanya memikirkan kehendak nafsu yang hanya memakan diri.


Saudara dan Saudari.

Semestinya inilah salah satu ujian untuk hati dari Ilahi. Barangkali untuk diuji hati ini samaada ikhlas mahupun tidak lagi berfungsi mengabdikan diri kepadaNya. Saat ujian, ia satu peringatan. Supaya kita tersedar dari lena cinta dunia yang panjang.


"Tapi saya masih lagi teringatkan dia.Apa yang harus saya buat?"

Mudah saja.Solat taubat dan banyak zikir.Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan. Lain kali, perlu jaga diri.Supaya tidak terjebak lagi dengan penyakit hati ini. Berdua-duan salah satu puncanya barangkali.Berdoalah, agar tidak berlaku lagi.





Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.Pandanglah ke depan.Masih lagi ada harapan.Dunia ini bukan untuk dipenuhi orang-orang yang kecewa.

Ingatlah Allah.Dengan mengingati Allah.Hati jadi tenang.. :)





Tuesday, May 29, 2012

Uwais al-Qarni




Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :


“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :


“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”


Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “

Nabi menjawab :

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”



Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :

“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”


Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.


Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.




Siapakah Uwais Al-Qarni?


Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.



Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.





Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :

“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”



Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.



Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.



Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”


Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.


Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”


Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. “


Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “


Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “


Ibunya menambah :

“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”



Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

” Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.



Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “


Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.


www.iluvislam.com


Kuda Perang


BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[1] Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,


[2] Serta mencetuskan api dari telapak kakinya


[3] Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,


[4] Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,


[5] Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;


[6] Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.


[7] Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;


[8] Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).


[9] (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?


[10] Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?


[11] Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.

Surah Al-Adiyat


Masonic




Dalam kemegahan hegemoni Barat akhir zaman ini.Konspirasi Yahudi banyak memancing perbicangan.Tidak lain semestinya bersangkut dengan Freemasonry dan Illuminati yang dikatakan bekerja menjayakan agenda Zionis.Bukan setakat jadi bualan para-para aktivis bahkan ia dijelaskan ramai alim dan ulama seperti Syeikh Imran Hossein,Harun Yahya dan ulama dari negara kita sendiri, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang.


Freemason atau Al-Masuniyah, dalam bahasa Melayu bermaksud Pembina-pembina yang bebas.Jelas pada pada simbol organisasi ini menunjukkan alat-alatan bagi tujuan pembinaan.Hakikatnya organisasi ini bukanlah bertujuan sebagai arkitek mahupun jurutera.Tapi ramai di antara mereka terlibat dalam politik dan ekonomi.


Umumnya sejarawan beranggapan bahawa Freemason bermula dari Perang Salib.Walaupun organisasi ini secara rasmi berani keluar dari kepompong pada abad ke-18. Sejarah awal Freemason adalah bermula dari kumpulan yang digelar sebagai Knight of Templar (Satria Kuil).Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple di atas tapak Masjidil Aqsa.Dalam video bersiri Satu Kedatangan sendiri ada menyebut bahawa Knight of Templar menemui sebuah buku sihir yang dinamakan Kabbalah di tanah Jerussalem,Palestin.



Ahli sejarah Prancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahwa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.Walaupun berkembang dengan agama Yahudi, Kabbalah tergantung pada sumber-sumber dari luarnya. Kabbalah muncul dari kepercayaan pagan dari Mesir Kuno dan Mesopotamia.

Sejarah sihir pada zaman Nabi Sulaiman a.s

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan:

"Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.

Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. (Al Baqarah :102)

Bukti sihir telah wujud zaman Nabi Musa a.s

Dan Musa berkata: "Hai Firaun, sesungguhnya aku ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta alam, wajib atasku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah, kecuali yang hak. Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Israil (pergi) bersama aku".

Firaun menjawab: "Jika benar kamu membawa sesuatu bukti, maka datangkanlah bukti itu jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang benar".

Maka Musa menjatuhkan tongkatnya, lalu seketika itu juga tongkat itu menjadi ular yang sebenarnya.

Dan ia mengeluarkan tangannya, maka ketika itu juga tangan itu menjadi putih bercahaya (kelihatan) oleh orang-orang yang melihatnya.

Pemuka-pemuka kaum Firaun berkata: "Sesungguhnya Musa ini adalah ahli sihir yang pandai yang bermaksud hendak mengeluarkan kamu dari negerimu". (Firaun berkata): "Maka apakah yang kamu anjurkan?"

Pemuka-pemuka itu menjawab: "Beri tangguhlah dia dan saudaranya serta kirimlah ke kota-kota beberapa orang yang akan mengumpulkan (ahli-ahli sihir), supaya mereka membawa kepadamu semua ahli sihir yang pandai". ( Al A'raaf: 104-112)


Hingga kini Freemason tetap menjaga tradisi ritual, aktif dalam gereja-gereja bertapakkan lantai hitam putih. Boleh klik link ini http://www.youtube.com/watch?v=GtBT5gthmA8 untuk menyaksikan sendiri bagaimana ritual dijalankan.

Namun perjuangan mereka bukan setakat ritual, tapi lebih kepada untuk mengawal dunia.Tapi untuk mengawal dunia bukan senang.Jadi mereka mengawal apa sahaja sifat fizikal yang dicerna oleh pancaindera.Hinggakan kebatilan kelihatan indah-indah belaka.Menggunakan proksi media misalnya.

Ramai Muslim yang anti-Masonry beralasan bahawa Freemasonry sangat dekat dengan Zionisme, meski pengkritik lain mengatakan bahawa Freemason ada hubungannya dengan kedatangan Dajjal. Beberapa Muslim lain yang anti-Masonry beranggapan bahawa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem.

Cuba anda teliti sejarah ekonomi, politik mahupun budaya.Segalanya pasti mempunyai kesinambungan tertentu antara satu sama lain.Misalnya di Amerika Syarikat, politik telah diterajui oleh kumpulan yang sama mengawal ekonomi.Malah ekonomi dan politik Amerika Syarikat sendiri banyak menyumbangkan pelbagai perkara kepada Zionis Israel.Anda boleh cari sendiri dalam keratan akhbar jika mahukan kepastian mengenai hubungan baik Amerika Syarikat dan Israel.


bersambung..

Monday, May 28, 2012

Penjara Diri





Alangkah rugi bagi seorang manusia, lebih-lebih lagi yang masih muda seandainya masa hidupnya banyak dihabiskan untuk bersedih.Murung sendiri dalam bilik.Tak makan selama seminggu.Menangis tak tentu pasal.


Kerana cinta tenggelam di tengah jalan.Kasih tidak kesampaian.Mahupun cinta bertepuk sebelah tangan.Hati pasti tak tenteram.Sepi dan sayu saat mengingati keinginan.Ada pula merasa diri terbuang dan tidak diperlukan lagi. CUKUP! Tapi ingatlah, semuanya ketentuan Ilahi yang harus diterima.Berjaya menerima, Insyaallah balasan Syurga lah nanti.


Sedih itu normal, rindu itu fitrah. Ya , saya akui.

Tapi, kuantiti yang diambil secara yang berlebihan mampu menjadi penjara buat diri.Anda tidak perlu dikurung oleh orang lain.Anda tidak perlu disekat bekalan makanan oleh orang lain.Anda tidak perlu dipukul orang lain untuk menangis.Tapi andalah yang lakukan semuanya untuk anda sendiri.


Kadang-kadang kita perlu fikir.Untuk apa kita dicipta.Tidak lain tidak bukan mestilah mengabdikan diri kepadaNya.Ini satu jalan penyelesaian bagi penyakit hati yang merugikan hidup manusia.
..




---

Pandanglah dunia seluas-luasnya.Lihatlah mereka yang mengharap lagi untuk hidup merdeka.Nasib mereka mungkin tidak seperti selesanya hidup kita hari ini.Terpenjara dalam negara sendiri.Diapit musuh kiri dan kanan.Dengan harapan akan datang hero-hero yang bebas untuk menyelamatkan mereka.Sedang kita berkemampuan pula mengusir musuh-musuh mereka tadi. Serta mampu melepaskan mereka ini dari terpenjara besi. Tidakkah anda rasa rugi memenjarakan diri sendiri ??!


Itulah kelemahan remaja Islam hari ini.Remuk dihentam hedonis.Barangkali kerana terlalu banyak mengambil 'dadah-dadah' dari media.Mudah terpengaruh dengan acuan barat sengaja membawa diri untuk ke kancah masalah.Ada baiknya selepas ini kita perlu berhati-hati.Ketahuilah mainan musuh diserap masuk ke dalam mainan kita di sini.Memang indah yang datang dari mereka.Tapi yang indah itulah mampu merosakkan umat ini.

Mudahnya kerja Yahudi dan Nasrani.Tidak perlu mengirim bom dan artileri.Cuma menyediakan filem-filem , drama, muzik dan budaya genre hedonis.Merosakkan saraf-saraf pemikiran.Lantas dari situ mampu merosakkan jasad.Bahkan jasad itu dirosak sendiri oleh empunya saraf.Misalnya bunuh diri.Tentunya terjadi dari akal yang telah dimusnahkan.Oleh itu kita perlu hati-hati.

---



Buka mata anda seluas-luasnya.Usahlah bersedih lagi.Lakukan tangisan yang akhir, hasilkan senyuman yang baru.Berdoalah supaya ditetapkan ketenteraman hati.

Segala yang datang baik mahupun buruk adalah datang dari Allah.Sesungguhnya segala kurniaan Allah itu sebenarnya adalah terbaik untuk kita. La tahzan..


Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.Anda banduan.Tapi andalah juga penjaga penjara tersebut.Maka lepaskanlah diri anda sendiri.


Anak perlukan Ibu.


Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?


Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.



Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.


Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.



Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.



Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.


Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.


Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!


Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.



Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.


Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.



Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya

asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”


Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan

air paip meninggalamkan tangisan ku itu.



Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.


Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.



Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.


Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.



Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.


Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.



Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.


Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.



Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.


Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.



Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, aku pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!


Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.



Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.


Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.


Aku hilang sabar.


Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.


Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.


Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya,“tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”


Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”


Mendengar ini, aku hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.


Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.




Aku membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.



“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.


Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.

Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.


Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.

Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?

Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”



Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.



-------------------------------------------

Pasti sedih kisah di atas kan?
Ya, seorang manusia amat memerlukan seorang ibu.Samaada dia lelaki mahupun perempuan.Beruntunglah mereka-mereka yang masih mempunyai ibubapa.Mampu lagi mencurahkan kasih.Masih lagi mempunyai seseorang yang boleh menyediakan makanan dan memberi pakaian buat kita.


Tapi terkadang manusia yang masih memiliki ibu, mereka sering lupa.Bahkan diri yang sedang menulis ini juga.Diketika ada satu tahap kehendak diri tidak dituruti ibu.Langsung kita marah kepadanya.Merajuk tak tentu hala.Ketika ibu minta tolong ,ada antara kita buat tak endah.
Keras kepala.


Tapi cuba fikir tentang orang yang tiada ibu semasa hidupnya. Terasa kosong. Walaupun ada ayah menjadi teman.Masih lagi rasa tidak cukup.


so?
Syukurlah kepada Allah.
Bagi anda yang masih lagi mempunyai ibu. :)




Tinggallah bersama ibumu.Berbaktilah kepadanya selagi dia masih hidup.Sesungguhnya Syurga itu terletak di telapak kaki ibu.


Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...